Monday, December 15, 2008

Christmas

1. hari ini 15/12, 10 hari lagi tiba lah hari Krismas, apa makna Krismas? Natal bermaksud hari kelahiran. Krismas dalam bahasa english Christmas, mungkin bermaksud perayaan Kristus. Apa makna perayaan ini bagi banyak orang. Mungkin ada pelbagai makna. Saya mau gunakan kesempatan ini untuk memberi dua jenis orang yang merayakan Krismas.

2. Orang yang pertama. Krismas bagi mereka adalah waktu perayaan yang sama dengan perayaan yang lain. Waktu untuk bersukaria, berpesta pora (walaupun setiap hari ada pesta lain), bermabukan dsb. Mereka merayakan Krismas kerana ianya adalah satu perayaan yang dirayakan di dunia. Cuti akan diberikan and why not party to the fullness (aramaitiiiii) kalau boleh kita gunakan. Tanpa mengerti akan maksud Krismas sesiapa juga boleh merayakannya. Tetapi mereka mungkin tidak akan memperolehi apa juga berkat yang ada pada waktu itu.

3. Orang yang kedua. Krismas bagi mereka ini adalah waktu dimana mereka memperingati akan kelahiran seorang Penyelamat. Krismas amat bermakna bagi mereka kerana Tuhan bukan saja telah lahir kedunia tetapi juga lahir dalam hidup mereka masing-masing. --- mungkin anda tahu mengapa anda rayakan Krismas.....