Thursday, November 7, 2019

7 Nov 2019

1. Lupa bahawa ada ruangan ini.

2. Sudah berada di labuan sejak, 4 March 2016

3. Selesai sekolah di STS, masuk 2010 keluar 2013

Saturday, July 24, 2010

Ohhh no.... it's July 24th, 2010


sudah lama tidak masuk ni blog??? my god what happen....

Monday, November 23, 2009

Makin Malas


1. Saya makin malas atau tidak pernah mau berusaha untuk update blog ini. Kalau compare blog orang lain uiinah mantap-mantap.... idea yang tidak ada atau memang tidak pandai... anyway...

2. Dua... minggu lalu ambil gambar kahwin Christopher dan Eunice, Dua minggu kemudian... sabtu ni ambil gambar Douglas dan Adriena/Baby hehe senang cakap... dua lagi orang kahwin pada hari yang sama, pagi 1 dan waktu petang durang si Douglas...

3. hari 3, saya cuti, atas kertas lah sebab tidak pernah kunu ambil cuti, tapi menurut polisi gereja, kalau pergi untuk seminar/official conference dan urusan-urusan gereja yang keluar dari Kunak/Tawau cuti akan ditolak.... hmmm so which is which... very hard to make a difference... anyway setahu saya tahun ni 2009 saya tak pernah isi borang minta cuti... last year pun tiada..but then waktu sakit 1 bulan di hospital saya consider cuti lah tu.. walaupun Canon Lidis cakap tidak kira... jadi selamat bercuti untuk saya sendiri... kunu...

4. ada RM400 lagi saya hutang si David Kim.. belum habis bayar camera D90 saya...nah pecah rahsia... tadi nampak Samsung PL50 si Girlyen...wah tergoda juga... harga about RM650 ... mau minta tulung David Kim lagi kah??? hmmm pikir dululah...4... dah 4 tahun aku keluar dari KK....

5. tahun depan 2010 tahun kelima dalam pelayanan full time gereja....apalagi???

Monday, September 28, 2009

Aduiii .....mau dekat setahun..

Aisemen... rupanya sudah hampir setahun saya tidak pernah "tulis" apa-apa di sini. fuiiyooo... kalau hampir setahun memang banyak yang mau ditulis. ini lah masalah yang saya ada sejak setahun yg lalu.. boleh kata tidak ada apa-apa untuk ditulis. hmm....

1. Sekarang masa jerebu. kalau memandu pagi dari Kunak ke Tawau tidak dapat saya bezakan mana jerebu mana kabus pagi. Nampak sama saja. Hujan beberapa hari yang lalu bukan menghalau jerebu sebaliknya membawa jerebu pula ke Kunak dan Tawau. Sekarang ni hidung selalu pedas dan dada kekadang sakit. Mau kurangkan aktiviti luaran...

2. Yesterday (27/9/2009) sunday service is very discouraging. Jemaah masih belum boleh bezakan priority and own agenda. Why can't they just go to church first and after that their own activities... alaa apa mau marah-marah... afterall the past two sunday sermon teaching about forgiveness... ya kah? ahhh whateverlah..

3. future plan? well almost end of the year... few more days it will be October... have to start thinking of future plan... hmm should we think or should we surrender to the Lord? bagus kita diam-diam lah fikir and let God be God..

Monday, December 15, 2008

Christmas

1. hari ini 15/12, 10 hari lagi tiba lah hari Krismas, apa makna Krismas? Natal bermaksud hari kelahiran. Krismas dalam bahasa english Christmas, mungkin bermaksud perayaan Kristus. Apa makna perayaan ini bagi banyak orang. Mungkin ada pelbagai makna. Saya mau gunakan kesempatan ini untuk memberi dua jenis orang yang merayakan Krismas.

2. Orang yang pertama. Krismas bagi mereka adalah waktu perayaan yang sama dengan perayaan yang lain. Waktu untuk bersukaria, berpesta pora (walaupun setiap hari ada pesta lain), bermabukan dsb. Mereka merayakan Krismas kerana ianya adalah satu perayaan yang dirayakan di dunia. Cuti akan diberikan and why not party to the fullness (aramaitiiiii) kalau boleh kita gunakan. Tanpa mengerti akan maksud Krismas sesiapa juga boleh merayakannya. Tetapi mereka mungkin tidak akan memperolehi apa juga berkat yang ada pada waktu itu.

3. Orang yang kedua. Krismas bagi mereka ini adalah waktu dimana mereka memperingati akan kelahiran seorang Penyelamat. Krismas amat bermakna bagi mereka kerana Tuhan bukan saja telah lahir kedunia tetapi juga lahir dalam hidup mereka masing-masing. --- mungkin anda tahu mengapa anda rayakan Krismas.....

Wednesday, November 26, 2008

Apa dibenakku?

1. Melihat pada banyak blog-blog sekarang saya perhatikan bahawa untuk menulis blog seseorang itu harus ada minat, ada bahan, dan sebagainya... teman saya Rev. Lidis kata harus ada disiplin untuk memblog. Saya tidak ingat sudah berapa lama saya tidak memblog. Bukan tidaka ada apa-apa untuk ditulis cuma mungkin melibatkan disiplin.

2. Mungkin dibenak saya ialah kesibukan aktiviti gereja dihujung tahun membuatkan saya tidak ada keinginan untuk masuk dan memblog. Kalau melihat cara orang memblog mereka ada saja bahan untuk dikongsikan. Penyakit lima huruf "MALAS" harus saya tangani kalau saya mau melihat blog saya aktif.

3. Ini adalah photo blog .. bermakna saya harus masukkan gambar-gambar yang saya ambil dengan kamera saya.... hmmm ada idea sudah... mungkin saya akan buka topik-topik yang berkenaan dengan kamera Nikon...tapii.... saya jenis orang yang tidak begitu confident dengan apa yang saya lakukan... kalau ambil gambar dan kemudian melihat gambar orang lain saya rasa gambar saya tidak begitu menarik....aiya.....

4. hmm ... mungkin ini dahulu buat masa ni... nanti saja yang lain.... God bless

Wednesday, November 5, 2008

Lautan (Sana Kunak)





Pada Okt. 27, lalu saya dan isteri dan juga warden gereja kunak pergi ke satu pulau di luar Kunak yg dipanggil Pulau Burung.... mantap juga lah sebab free kan?? kalau mau ke sipadan wainahhh entah berapa mau dibayar... masa tu mendung sebelum jalan dan apalagi sampai di Pulau Burung renyai-renyai... walaupun tak hujan kuat tapi setengah mati (kata sabahan) mau jaga camera nikon tu... kalau harga puluh-puluh ringgit tak apa juga ini kalau dua camera sudah mau dekat 10 ribu... bukan rupiah ahh... RM ... lautannya cukup cantik walaupun tak secantik sipadan namun kerana free segala-galanya nampak sangat cantik.... jadi saya letak lah beberapa gambar di sini ..